Program Penilaian Kompetensi Kemahiran pembinaan (PKK)
Education goes beyond textbooks and classrooms. We believe in empowering students to explore their passions challenge conventions.
Pengenalan
Program penilaian ini direka bentuk menguji tenaga kerja pembinaan yang sedia ada pada kecekapan mereka dalam skop kerja semasa dan/atau bidang kepakaran mereka. Ia adalah bertujuan untuk memastikan bahawa tenaga kerja dari semua industri ialah mahir untuk memenuhi tuntutan-tuntutan yang berubah dengan pesat dan teknologi yang semakin canggih, seperti dikehendaki oleh Akta 520.
Akta (520) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (pindaan) 2011 telah diluluskan oleh parlimen dan telah ditandatangani oleh YB Menteri Kerjaraya untuk dikuatkuasakan.
Petikan Akta CIDB
Tiada penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir boleh terlibat atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika dia diakredit dan diperakukan oleh lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh lembaga di bawah akta ini.
33A. (6)
Mana-mana orang yang mengambil mana-mana penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir yang tidak diakreditkan dan diperakukan oleh lembaga untuk menjalankan apa-apa kerja pembinaan melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 5,000.00.
Kumpulan Sasaran
- Pekerja Binaan Tempatan yang ingin ditauliahkan sebagai pekerja mahir.
- Pekerja Binaan Asing yang ingin melaksanakan kerja-kerja mahir di tapak bina.
- Penduduk Tetap yang ingin ditauliahkan sebagai Pekerja Mahir Binaan.
Syarat Penyertaan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Kad Hijau / SICW yang masih sah tempoh
- Kategori Pekerja Mahir Binaan / Pekerja Am Binaan
- Pengalaman bekerja 6 bulan dalam bidang
Pekerja Mahir Binaan Tempatan
- Warganegara Malaysia dan bekerja dalam sector pembinaan
- Pemohon perlu mempunyai kad hijau yang masih sah tempoh laku/telah mengemukakan permohonan kad hijau
- Tred ujian yang dipohon tidak boleh di tukar kepada tred lain
Pekerja Mahir Binaan Asing
- Mempunyai pas lawatan (kerja sementara) yang sah dalam bidang pembinaan sahaja
- Program Penilaian Kompetensi Kemahiran Pembinaan (PKK) - Akademi Binaan Malaysia
- Membuat permohonan tidak lewat daripada 3 bulan (90 hari) sebelum tarikh tamat lanjutan pas lawatan (kerja sementara). CIDB berhak untuk menolak permohonan yang dikemukakan kurang dari tempoh tersebut atau dikenakan penalti
- Pemohon perlu mempunyai kad hijau yang masih sah tempoh laku/telah mengemukakan permohonan kad hijau
- Tred ujian yang dipohon tidak boleh di tukar kepada tred lain
- Majikan / Kontraktor mestilah berdaftar dengan CIDB dan pendaftaran masih sah tempoh lakunya
- Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan surat daripada majikan (kontraktor)
- CIDB tidak akan memproses permohonan dari pekerja asing yang telah bertukar majikan tanpa mendapat kelulusan untuk pindah ke majikan baru dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terlebih dahulu
- CIDB hanya akan berurusan dengan pemohon / wakil yang dilantik oleh syarikat


