Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Satu (PW2) dari Suruhanjaya Tenaga (ST). ST berhak untuk menentukan pendaftaran mengikut kesesuaian.
Pendawaian Elektrik Fasa Satu
Akademi Binaan Malaysia (ABM) menawarkan pelbagai program latihan dan kursus kemahiran pembinaan yang dirangka bagi memenuhi keperluan semasa industri. Program yang ditawarkan merangkumi pelbagai bidang dan tred pembinaan, dengan penekanan kepada pembelajaran secara teori dan praktikal bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kompetensi peserta.
Kursus disediakan untuk pelbagai kumpulan sasaran termasuk belia, personel binaan, pekerja mahir dan individu yang ingin meningkatkan tahap kompetensi atau membina kerjaya dalam industri pembinaan. Peserta yang memenuhi syarat latihan dan penilaian bagi kursus berkaitan berpeluang memperoleh sijil atau pengiktirafan kompetensi yang ditetapkan oleh CIDB Malaysia. Terokai kursus yang tersedia dan pilih program yang sesuai dengan keperluan kemahiran serta perkembangan kerjaya anda.
Syarat AM
Warganegara
Malaysia
Sihat
Tubuh Badan
17–35 Tahun
Program Belia
18-55 Tahun
Personel Binaan
Kelayakan Dan Pengiktirafan
Kandungan Kursus
- Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/bengkel dan asas bantuan kecemasan
- Akta Bekalan Elektrik 1990
- Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan IEE-edisi 16
- Pertolongan cemas
- Pengetahuan asas elektrik
- Jenis, kegunaan dan pemilihan kabel
- Pengujian dan alat pengujian
- Alat pengukur elektrik
- Perkakas suis dan papan agihan satu fasa
- Perlindungan litar dan penggunaannya
- Sistem pendawaian, pembumian dan perlindungan kilat
- Radas-radas elektrik
- Rekabentuk pemasangan elektrik satu fasa
Syarat Permohonan
- Sihat tubuh badan
- Boleh membaca, menulis dan mengira
- Minima menduduki peperiksaan SPM atau setaraf dengannya
- Berumur 17–35 tahun bagi Program Belia
- Berumur 18–55 tahun bagi Program Personel Binaan
- Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan
Core Curriculum Topics
Statistical Theory
- Theory of Statistical Inference, Advanced Probability Theory, Foundations of Statistics
Statistical Modeling
- Linear Models and Regression Generalized Linear Models, Multivariate Analysis.
Computational Statistics
- Statistical Programming (e.g., R and Python), Statistical Computing, Data Management
Applied Methods
- Time Series Analysis, Design and Analysis of Experiments, Sampling Theory
Modern Techniques
- Statistical Machine Learning, Advanced Statistical Learning, Data Science Methods
Jadual Kursus
Semak jadual kursus yang tersedia dan pilih kursus mengikut bidang, lokasi serta tarikh yang bersesuaian.
| Bulan | Minggu | Ketersediaan | Tajaan CIDB |
|---|---|---|---|
| Januari | Minggu 1 | 20 Kekosongan | Program Tajaan |
| Minggu 2 | 15 Kekosongan | Program Tajaan | |
| Minggu 3 | 4 Kekosongan | Tiada Tajaan | |
| Minggu 4 | 12 Kekosongan | Program Tajaan | |
| Februari | Minggu 1 | 10 Kekosongan | Program Tajaan |
| Minggu 2 | 0 Kekosongan | Program Tajaan | |
| Minggu 3 | 0 Kekosongan | Program Tajaan | |
| Minggu 4 | 0 Kekosongan | Program Tajaan | |
| Mac | Minggu 1 | 5 Kekosongan | Program Tajaan |
| Minggu 2 | 0 Kekosongan | Program Tajaan |
Kos Kursus & Mata CCD
Semak kadar yuran kursus serta jumlah Mata CCD yang ditawarkan bagi setiap program latihan. Maklumat yuran dan Mata CCD adalah tertakluk kepada jenis kursus, tempoh latihan serta syarat yang ditetapkan.
| Program Belia | Program Personel Binaan | Mata CCD |
|---|---|---|
| Tajaan CIDB | HRDCorp Claimable | 20 Mata CCD |


